Rabu, 20 Mac 2024

JEJAK SEMINGGU

Oleh. Koijul Hairol

APAKAH KERJAYA HARIAN MEREKA? 

Kota Kinabalu. Tampak seharian duduk melepak dilorong lorong kedai sekitar bandar dan pekan menimbulkan persoalan apakah kerjaya mereka.

Jejak seminggu Media Terkini Harian Malaysia, dimaklumkan mereka lah agent penjual Wahui dan Nombor Gelap paling laris dalam negeri Sabah,  bukan sahaja penduduk tempatan malah warga asing termasuk PATI juga boleh melangganinya memandangkan pembayaran dilaporkan tunai ujar orang ramai hari ini. 

Wanita seksi terlibat bijak membawa warga melanggani judi wahui dan nombor gelap  sehingga mereka memperolehi pendapatan lumayan setiap hari, tidak hairan lah wanita berkenaan sanggup bersoleh  umpama peserta ratu cantik setiap hari mengalahkan gadis remaja demi menarik orang orang tua lelaki bermain judi.

Hanya kekuatan hati orang lelaki mampu melawan nafsu berjudi dan mempertahankan mata agar tidak tergoda dengan kecantika  penjual judi berkenaan setiap hari ujar orang ramai.





 Oleh. Jusupi Anak Kurdi

MOGA PEMBAHAGI AIR SWASTA BERSIH PUNCA SUMBERNYA 

Sabah. Masyarakat luar bandar menyeru kepada kerajaan agar memantau kebersihan air yang diagihkan kepada warga desa yang memerlukan setiap hari.

Dalam kekeringan air diperkampungan tanah tinggi seharusnya penghantar bekalan air bersih wajar dikawal selia oleh kerajaan negeri bagi memastikan semua bekalan yang dihantar kepada rakyat diperolehi dari sumber air yang bersih. 

Sejak kebelakangan ini, banyak penghantar air ke kampung kampung lori lori persendirian namun tidak ada penduduk tahu dari mana bekalan berkenaan diperolehi.

Namun penduduk mengharapkan semoga bekalan air yang dihantar pada mereka diperolehi dari sumber yang bersih setiap penghantaran ujar mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan