Sabtu, 30 Mac 2024

PEMIMPIN PARTI POLITIK PERLU ADA KESUNGGUHAN

"Hendak Menjadi Pemimpin Dalam Politik Amnya Berhasrat Mahu Menjadi Wakil Rakyat Memerlukan Keiklasan Dan Kesungguhan, Merayu Sokongan Rakyat Jelata Dipelusuk Tempat Namun Bersedekan Dan Menderma Orang Miskin Terlalu Susah Dan Berkira Sangat" 

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sabah. Ramai rakyat jelata merasa keciwa masa kini berikutan sikap sebilangan pemimpin parti politik yang merayu minta sokongan undi
namun bersedekah dan menderma sangat berkira bagi golongan miskin.

Lebih ramai individu bukan orang parti politik tampil menghulur bantuan sepanjang bulan Ramadhan bagi fakir miskin berbanding pemimpin parti politik dalam negeri ini, tindakan sebilangan mereka orang parti politik yang mengeciwakan rakyat miskin boleh dilihat dalam PRN akan datang  jelas rakyat jelata luar bandar yang ditemui.

Sejak beberapa bulan lepas ramai orang parti politik lama mahupun parti politik baharu saling ghairah dimedia sosial masing masing mempamerkan perjuangan terbaik mereka pada rakyat, sebaliknya impian rakyat miskin luar bandar menunggu kunjungan pemimpin parti politik lama dan baharu sukar dinanti walaupun semangkuk bubur lambuk keluh mereka.

Kumpulan jejak kru Media Terkini yang menemui rakyat miskin dimaklumkan ada pemimpin parti politik lama dan parti politik baharu banyak bercakap perjuangan, namun orang miskin yang dirayu minta sokongan dalam PRN akan datang sekadar dibiarkan menanti sehingga keluar mengundi tanpa simpati derma setin sardin pun akui warga kampung. 

KRU Media Terkini juga yang berusaha menghubungi beberapa pemimpin parti politik baharu dan lama sejak beberapa bulan lepas sehingga masa kini gagal mendapat jawapan, tidak hairan lah ramai rakyat miskin Sabah hanya ditemui badan NGO bagi menghulur sumbangan dibulan Ramadhan bagi meringankan bebanan sumber makanan mereka sehingga hari ini.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan