Sabtu, 30 Mac 2024

JANGAN GADAI MARUAH BANTU ISRAEL

"Warga Serumpun Malaysia Wajar Sama Sama Membantu Keselamatan Negara Dari Diceroboh Warga Israel Dan Bukan Nya Membantu Perancangan Mereka" 
Oleh. Tedung Selar/Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Dalam usaha Polis DiRaja Malaysia mempertahankan keamanan didalam negara, ada juga penduduk Malaysia yang dilapor sanggup diperalat oleh rakyat Israel bagi membeli  Pistol  dan Peluru dari negara jiran tanpa berfikir panjang apakah kesan nya perbuatan mereka.

Bayangkan lah jika 7 pistol yang dirampas Polis bersama 200 butir peluru jika terlepas begitu sahaja ditangan rakyat Israel berkenaan, apakah ia tidak menggugat keselamatan negara apa tak lagi kekejaman sebilangan orang Israel terhadap umat Islam.

Kecekapan Polis DiRaja Malaysia memburu warga Israel berkenaan dikagumi rakyat Malaysia, namun pintu masuk Lapangan Terbang setiap negeri perlu diletak unit tindakan khas berpengalaman, bagi mengesan rakyat Israel menyusup masuk dengan helah mengguna pasport negara lain. 

Antara perlu kawalan pasukan berpengalaman adalah semua Lapangan Terbang setiap negeri yang bebas kemasukan terus dari luar negsra, selain dari itu Kapal Laut Penumpang dari luar negara juga perlu dikawal ketat dengan penyediaan unit khas pakar pengesanan warga Israel yang memasuki negara ini dengan pelbagai helah sepanjang masa. 

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, sama sama lah kita berganding bahu dengan Polis mahupun Tentera mencegah Agent Israel memasuki negara ini setiap masa agar negara kuta sentiasa aman terpelihara.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan