Ahad, 17 Mac 2024

PEMIMPIN WARISAN SERTAI GAGASAN RAKYAT

Berita Ringkas 

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Parti Warisan Sabah kehilangan seorang ahli merangkap Pengurusi Tetap parti tersebut sebaik menyertai Parti Gagasan Rakyat

Sabah hari ini.

Penyertaan Datuk Karim Bujang sebagai ahli Gagasan Rakyat Sabah diterima oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Noor dalam satu Majlis Berbuka Puasa dekat sini semalam yang disertai beberapa pemimpin GRS negeri Sabah.

Datuk Karim Bujang yang dilaporkan mempunyai pengaruh dikawasan Papar mahupun Pantai Manis amnya memberi sokongan kepada Parti Gagasan Rakyat Sabah pimpinan Ketua Menteri Sabah dilaporkan persediaan menjelang PRN akan datang.

Siapakah pengganti Datuk Karim Bujang selaku Pengurusi Tetap Parti Warisan Sabah selepas ini dan teraju utama kepimpinan Warisan bagi kawasan Papar, ini mungkin sudah diduga oleh semua kepimpinan Parti Warisan Sabah malah teraju  baharu mungkin golongan yang berdaya saing dalam menempuh PRN Sabah akan datang.

Menurut sumber warga Papar Datuk Karim Bujang mungkin mempunyai perancangan bagi mengimpikan calon Dun sekitar Papar pada PRN akan datang, saingan PRN akan datang juga cukup panas berikutan terdapat kewujudan beberapa parti baharu yang menampilkan kepimpinan muka muka baharu ujar mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan