Khamis, 21 Mac 2024

BENARKAH MALAYSIA TIDAK ADA PEKERJA?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Sana sini pekebun sayor bercakap tidak memiliki pekerja mencukupi tanpa pekerja asing dari luar negara, sebaliknya ramai rakyat Malaysia yang menanam sayor dan buah buahan sendiri secara kecil kecilan tanpa memilih pekerjaan jika bersesuaian gaji mereka.

Ini didedahkan oleh penduduk luar bandar dalam negara ini yang pernah berkerja dalam sektor pertanian dengan gaji RM1,300 namun bila berlaku pemotongan hanya RM1,100 sahaja diterima, tidak hairan lah terlalu sukar mencari pekerja kebun sayor didalam negara sehingga mengharap tenaga pekerja asing yang lebih rendah nilai mata wang negara berkenaan.

Dalam kemelut ini, pengusaha besar perkebunan sayor dalam negara wajar meningkatkan gaji buruh pekerja kebun mereka jika mahu menggunakan rakyat Malaysia, sampai bila pun isu kekurangan tenaga pekerja tidak akan selesai jika para pengusaha perkebunan sayor besar terus bergantung orang asing gaji murah sebagai pekerja mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan