Jumaat, 29 Mac 2024

APA JUGA TERJADI WARGA HARUS WASPADA

"Setiap Kejadian Depan Mata Ada Petunjuk Yang Diberi Maka Kebijaksanaan Warga Setempat Adalah Berwaspada Didalam Melayari Lautan Berhampiran" 

Oleh. Gifkir Aming 

Kuala Penyu. Pengalaman warga dizaman lampau perlu dijadikan sebarang iktibar bagi memperkasa diri dan keluarga agar sentiasa berwaspada jika melayari lautan berhampiran kejadian ganjil.

Antara luahan masyarakat berhubung kebanjiran OBOR OBOR ditepi pantai Kg. Jangkit dekat sini beberapa hari yang lalu, obor obor berkenaan dilaporkan ada yang sudah mati dan masih ada yang masih hidup dengan warga berhampiran dinasihatkan menjauhi pantai tersebut.

Sungguhpun tidak ada sebarang maklumat dikeluarkan punca sebenar kebanjiran OBOR OBOR berkenaan dikawasan pantai, namun tidak salah warga setempat membuat kewaspadaan bersama keluarga semasa meredah lautan kawasan Kuala Penyu setiap masa ke Laut berhampiran.

Menurut sejarah wargatua dahulu bagi kawasan Borneo, setiap sesuatu petunjuk yang diperlihatkan disekeliling kita pasti ada sesuatu yang diperingatkan, berdasarkan kepada warisan sejarah berkenaan tradisi warga Borneo sentiasa mengamalkan kewaspadaan jika memperolehi sesuatu keganjilan disekeliling mereka. 

Sebaliknya hanya warga baharu di Sabah sahaja yang kurang arif berhubung keganjilan dan kewaspadaan didalam meniti kehidupan mereka seharian.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan