Khamis, 28 Mac 2024

SUSAHKAH MEMOHON MAAF PADA SENEGARA

"Mengapa Masih Ada Orang Yang Enggan Memohon Maaf Terhadap Individu Yang Dilanggarnya Walau Senegaranya, Sebaliknya Golongan Terlibat Pantas Memohon Maaf Jika Terlanggar Warga Asing Atau Pendatang Tanpa Izin Dihadapan Mereka" 

Oleh. Gifkir Aming Dan Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Jejak langkah dibeberapa bandar dan daerah mengejutkan masih ada orang ego bangsa send-

iri melanggar tanpa memohon maaf pada bangsa sendiri yang dilanggar, namun jika orang asing atau PATI dengan pantas memohon maaf berulang kali bimbang diancam kumpulan ramai berbanfing bangsa sendiri umpama tidak ambil kisah
kesalahan mereka. 

Antara pendedahan penduduk asli Sabah dalam jejak mingguan Media Terkini Harian Malaysia dibeberapa daerah dalam Sabah bagi mengimbau kisah harian yang berlaku tanpa disedari orang ramai, perilaku ini bagai disengajakan melanggar orang dihadapan mereka dengan terus berlalu pergi tanpa rendah hati memohon maaf pada orang yang dilanggar dilorong pejalan kaki. 

Menurut penduduk asli Sabah, kejadian seumpama telah lama berlaku namun tidak ada saluran pendedahan  bagi menyedarkan mereka yang melakukan kesalahan, hebahan ini juga bertujuan memberi kesedaran golongan yang suka melanggar orang dihadapan mereka tanpa sedikitpun merasa serba salah dan memohon maaf golongan yang dilanggar.

Jika mereka melanggar orang asing atau PATI dengan tidak memohon maaf pasti akan dikepong dan dicederakan sesuka hati sebelum pergi melarikan diri, sebaliknya jika dengan sebangsa sendiri yang dilanggar mereka tidak menghiraukan perbuatan mereka dengan berlalu pergi tanpa memohon maaf.

Ini lah yang merunsingkan orang Sabah gemar cari gaduh  sebangsa mereka yang kerap menjadi sahabat orang asing dan PATI, namun sebagai senegara yang prihatin adalah lebih baik golongan yang suka melanggar orang lain berubah dan menghentikan perilaku mereka.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan