Ahad, 10 Mac 2024

CABARAN JUAL IKAN TERMURAH

"Berapa Ramai Pedagang Ikan Berani Menjual RM0.70 sen Sekilogram?, Berbanding Sabah Pengguna Lapor Udang RM50.00 Sekilogram Jauh Bezanya" 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kelantan. Bandar Gua Musang ada menjual Ikan 

Selayang berharga RM0.70 sekilogram dengan niat membantu orang tidak mampu terutama menjelang bulan Ramadhan 2024. 

Sebaliknya pembaca di Sabah menghantar ada menjual udang dan Lokan dilaman sosial RM50.00 dan RM10.00 setiap sekilogram dan sebungkus kecil 

ujar mereka. 

Isu penjualan ikan termurah wajar dicontohi seluruh negara khususnya mereka yang beragama Islam tanpa mengira bangsa, sebaliknya ada segelintir warga yang hanya ingat mengaut keuntungan tanpa melihat derita orang susah menanggong kos sara hidup yang tinggi.

Lumrah manusia hanya sebilangan kecil yang berfikiran seperti pedagang Ikan Selayang dikawasan Gua Musang ini walaupun dilihat menanggong kerugian namun ganjaran dari Allah swt tidak mampu dilihat dengan mata kasar, ada juga lapisan warga dalam negara ini bijak menyusun kata mengajak melakukan amal pada orang susah namun mereka yang terlibat hanya bercakap kosong akibat tamak mengaut untung dari orang miskin.

Dengan pendedahan penjual IKAN SELAYANG GUA MUSANG INI RM0.70 SEN, seluruh warga Malaysia termasuk SARAWAK dan SABAH menurut jejak bagi beramal pada orang miskin, bukan pula memilih orang beramal seagama ditekan mengaut untung besar manakala wanita muda diberi harga percuma walaupun berbeza agama menurut maklumat pembaca di Sabah.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan