Sabtu, 9 Mac 2024

DELEMA PELBAGAI TUNTUTAN KETURUNAN SULU

"Tidak Habis Habis Tuntutan Mengaku Waris Sultan Sulu, Sehingga Mencabar Tugasan Malaysia Membatalkan Tuntutan Mereka"
Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Kuala Lumpur. Belumpun hilang dalam ingatan tragedi Tonduoh Lahad Datu 2013, kini muncul lagi kumpulan United Tausug Citizen (UTC) yang menuntut penyerahan wilayah Kesultanan Sulu keatas Sabah.

Tuntutan mereka bukan kecil berjumlah AS$15 Bilion atau RM67.02 Bilion bayaran disegera Cession Money atau Wang Penyerahan Wilayah yang perlu ditentang oleh kerajaan Malaysia dan dipandang sirius oleh warga Sabah amnya.

Menurut Menteri Undang Undang Dan Refomasi Malaysia Datuk Seri Azalina Othman Said, tuntutan seumpama adalah remeh dan perlu dibatalkan walau pelbagai cara sekalipun demi mempertahankan Sabah dalam wilayah Malaysia.

Tidak ada satu pun negara dalam dunia hari ini Mengiktiraf pewaris keturunan Sultan Sulu namun kumpulan terlibat terus dengan agenda mereka yang tidak masuk akal, Sabah masa kini merupakan sebahagian dari Wilayah Malaysia bersama Sarawak sejak 1963 dan diakui seluruh dunia tanpa sebarang keraguan. 

Dalam konteks ini Sabah perlu sama sama berjuang mengenepikan tuntutan tersebut dengan bersuara lantang menentang penuntut yang tidak diiktiraf oleh mana mana negara didunia, Sabah perlu seiring bersuara dengan kerajaan Malaysia menentang mendakwa pewaris Sultan Sulu yang kini hanya tinggal nama tanpa ada mengiktirafnya walaupun dinegara asal mereka sendiri.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan