Sabtu, 16 Mac 2024

TREND ORANG ASING SERUPA

"Pandang Trend Orang Asing Dalam Malaysia Serupa Bezanya Kesedaran Warga Mengikut Negeri, Ada Yang Sepakat Mencegah Bersama Manakala Ada Yang Memberi Sokongan Terutama Sekongkol Orang Asing" 

Oleh. Basron Kirwan 

Isu peminta sedakah diseluruh negara Malaysia tidak mungkin berhenti jika orang sekeliling terus membantu  setiap hari golongan orang asing, dari seluruh tanah Melayu sehingga Sabah trend meminta sedekah dikalangan orang asing sama membawa anak kecil raih simpati.

Bezanya adalah dikawasan tanah Melayu pantas diburu pihak berkuasa tempatan setiap hari menyebabkan orang asing sukar mendapat wang dari orang ramai, namun di Sabah golongan pekerja asing dalam negeri terlibat banyak membantu golongan senegara mereka mendapat wang derma setiap hari ujar warga tempatan.

Warga Malaysia termasuklah orang asli Sabah harus berani bertindak memboikot peminta sedekan orang asing setiap hari agar mereka tidak manja memperalatkan kanak kecil tagih simpati, warga seluruh Malaysia juga harus satu hati melaporkan kepada pihak berkuasa setiap negeri keberadaan peminta sedekah sehingga lah ke Sabah tanpa menghiraukan perundangan dalam negara ini. 

Golongan yang bersekongkol dengan peminta sedekah orang asing juga wajar diambil tindakan sama dalam jangkamasa panjang agar peluang minta sedekah dihentikan,  hanya kerjasama semua pihak diseluruh negara Malaysia sahaja boleh memberhentikan peminta sedekah ini disetiap negeri bagi berganding bahu bersama penguatkuasa setiap masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan