Ahad, 10 Mac 2024

APA MEREKA BUAT BERAMAI RAMAI?

"Apakah Ramai Warga Yang Mengetahui Cara Menangkap Pelbagai Jenis Ikan Seumpama (Gambar) Kecil Dan Besar?, Penangkapan Seumpama Dilakukan Dalam Kawasan Sungai Air Tawar Serta Diluar Kawasan Zon TAGAL" 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Penangkapan ikan 

seumpama hanya dilakukan sebilangan penduduk orang asli Sabahan dan memahami kawasan Zon TAGAL serta sungai diluar Zon tersebut.

Menurut suku kaum KDMR penangkapan seumpama disebut MOGUNDALOH beramai ramai dengan penduduk yang berhampiran sungai terlibat, sungai berkenaan jika besar airnya akan dialih saliran baharu bagi memudahkan pencarian ikan tanpa air disaluran asal sungai tersebut.

Tidak hairan lah pada zaman dahulu oran5g asli Sabahan tidak sukar mendapatkan ikan air tawar berbanding generasi muda mudi hari yang hanya mengharap membeli, walaupun terdapat banyak anak Sungai dalam negeri ini yang tidak termasuk didalam Zon TAGAL namun muda mudi tidak lagi mahir mencarinya tanpa bantuan wargatua yang ada.

MOGUNDALOH hanya memerlukan RAMBAT dan SYIUD  sebagai memudahkan penangkapan ikan diair dalam, berbanding sungai yang dikeringkan tinggal memungut  pelbagai jenis ikan, seperti Udang, Siput, Ikan Batu, Sarawi, Lumpis, Gamato, Ketam dan Turongou serta banyak lagi yang tidak tersenarai jenama ikan disungai kecil jelas mereka yang sempat ditemui.

Bagi generasi muda mudi yang berhasrat mempelajari MOGUNDALOH boleh melawat perkampungan orang asli bagi merujuk fakta  cara cara melaksanakan nya, sebaliknya jika mereka segan atau malu bagi merujuk cara cara MOGUNDALOH di Sungai kecil alamatnya langkah mengekalkan penangkapan tsrsebut bakal pupus ujar mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbsr ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan