Jumaat, 22 Mac 2024

TEKANAN HALUS BUAT PEJUANG HAMAS

"Pujukan Gencatan Senjata Dengan Tekanan Membebaskan Tahanan Hamas, Serta Sekutunya Cukup Halus Tanpa 
Ada Pembebasan Tahanan Dipihak Israel Umpama Jerat Buat Hamas" 

Oleh. Huzera Ben 

Rafah. Pemimpin Hamas dan sekutunya bukan muda diperdaya bagi membebaskan tahanan warga Israel demi pertukaran gencatan senjata oleh Israel, sedangkan ribuan tahanan rakyat Plastine dipenjara Israel langsung tidak disentuh pembebasan yang disuarakan oleh Linda Thomas Greenfield Nate Evans Duta Besar Amerika Syarikat hari ini. 

Banyak tindak tanduk yang disuarakan oleh pemimpin Amerika Syarikat keatas gencatan senjata Israel Hamas dan sekutunya lebih kepada membela perjuangan Israel jauh sekali membebaskan tahanan rakyat Plastine,  tidak hairanlah Hamas terus menentang walaupun Israel terus didokong oleh Amerika Syarikat dengan pelbagai cara halus bagi melemahkan perjuangan semua pejuang Hamas dan sekutunya Hizbollah dan AlQassam akui mereka.

Plastine  bagaikan mahu ditakluki oleh Israel secara perlahan lahan berikutan sedikit demi sedikit tanah Rafah dan Gaza cuba ditawan oleh Tentera Zionis Israel,  namun Hamas dan Sekutunya dapat melihat kedudukan ini dalam jangkamasa panjang sehingga mereka terus berjuang mempertahankan seluruh bumi Plastine sehingga puluhan ribu penduduk terbunuh oleh Israel.

Dalam konteks ini Pemimpin Pemimpin negara Islam dunia hanya mampu melaung suara pembelaan kepada Plastine walaupun Hamas dan Sekutunya  berkorban nyawa bertahan menghalang Israel merampas tanah Plastine, dengan keadaan alat kelengkapan perang Hamas dan sekutunya yang tidak setanding dengan Israel mereka mampu menghalang Israel dari mengusir keseluruhan penduduk Gaza dan Rafah sepenuhnya.

Penduduk Plastine di Rafah dan Gaza kini dalam krisis kebuluran, ketiadaan kelengkapan perubatan, kekurangan sumber air bersih dan tenaga letrik sering terputus angkara Israel, banyak pemimpin Islam dunia terus melaungkan bantahan suara berkumandang tiap hari namun segala bantuan disalurkan ke Gaza  dilaporkan banyak terkandas oleh penahanan Israel serta sekutu mereka disetiap sempadan negara yang dilalui.

Sehingga berita ini ditulis, Gaza dan Rafah masih terus diserang bertubi tubi Tentera Israel sehingga mereka menceroboh Hospital Perubatan dengan membunuh rakyat Plastine walau diatas katil Hospital, semoga perbuatan seumpama dapat dihentikan dengan kekuasaan oleh Allah swt berserta dengan usaha penentangan para pejuang Hamas serta semua sekutunya dari masa kesemasa. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan