Sabtu, 30 Mac 2024

ATM DARAT SARAWAK GALAS TANGGONGJAWAB

"Kejayaan Angkatan Tentera Darat Sarawak Mematahkan Penyeludupan Gula Dan Minyak Kawasan Persempadanan Ba'kelalan Wajar Diberi Pujian Oleh Kerajaan Malaysia" 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Lawas. Ketangkasan rondaan Tentera Darat kawasan perbatasan Ba'kelalan berjaya memintas penyeludupan gula dan minyak dalam galon jerikin bertutup kanvas biru masa dijumpai.

Penemuan tersebut tidak menemui sesiapapun orang pembawanya atau telah meloloskan diri sebelum pasukan keselamatan tiba dilokasi berkenaan. 

Menurut sumber warga Ba'kelalan, kawasan laluan sempadan berkenaan kerap menjadi laluan PATI memasuki Sarawak, malah penduduk tempatan pula menjadikan nya rangkaian penyeludupan dengan pelanggan tetap mereka disekitar Kalimantan.

Tidak hairan lah kecekapan Tentera Darat melakukan risikan dan tinjauan bersama berjaya menumpaskan bukan sahaja penyeludupan barangan, malah penyusupan PATI dari Kalimantan memasuki Sarawak juga sentiasa dipatahkan Tentera Darat dan diusir semula balik kenegara asal mereka lebih awal. 

Tentera Darat Sarawak bertegas tidak menberi ruang langsung dalam aktiviti penyeludupan barangan apa tak lagi penyusupan PATI bagi memasuki Sarawak demi nama baik pasukan serta negeri Sarawak amnya.  


TUKAR TEMPAT BERAYA DEMI IBU

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kuching.  Siapa menduga Sherry Alhadad anak seni terkenal bakal bertandang ke Kuching tempat keluarga ibunya bagi menyambut Aidilfitri 2024. 

Mungkin ada kelainan upacara sambutan aidilfitri dibumi Kenyalang berbanding dengan Semananjung Malaysia, namun demi tidak mengeciwakan impian seorang ibu tersayang Sherry Alhadad  akan terbang beraya di tempat keluarga ibunya pada aidilfitri tahun 2024.

Siapa menduga ibu Sherry Alhadad  mempunyai ramai keluarga di Kuching Sarawak, terbayang kegembiraan diwajah Sherry Alhadad  beraya bersama keluarga mereka di bumi kenyalang pada tahun ini.

Semoga semuanya sokses dalam sambutan aidilfitri tahun 2024 dan selamat kembali kedestinasi keluarga masing masing.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan