Rabu, 20 Mac 2024

PKR SABAH TAK SEHALUAN?

"PKR Sabah Dilaporkan Tidak Sehaluan Antara Cabang Dengan Kepimpinan Pengurusi MPN, Ianya Tercetus Sebaik Berlaku Undi Tidak Percaya Sampai Dilapor Menanda Tangani SD Undi Berkenaan Yang Dihantar Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Merangkap Presiden PKR Ujar Kumpulan Berpaling Tadah"

Oleh. Williem Anak Lagau

Sabah. Perbalahan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat negeri ini hanya menguntungkan parti lawan seperti PGRS, BN, WARISAN, UPKO dan beberapa parti baharu yang berhasrat mahu bertanding dalam PRN Sabah akan datang.

Pergeseran dalaman PKR Sabah dipercayai mampu memecahbelahkan para pengundi jika tidak ada langkah memperkasa perpaduan didalam parti sebelum  PRN Sabah, ini penting difahami segenap rakyat jelata Sabah agar mereka tidak akan berpecah dalam memilih pemimpin berwibawa disamping bertanggongjawab terhadap rakyat jelata.

Isu pergeseran pemimpin PKR Sabah dilaporkan telah sampai kepengetahuan rakyat jelata serta kepimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia, namun ramai juga yang mahu pemimpin nombor satu PKR Sabah meletak jawatan jika tidak mahu kehilangan ahli dan kepimpinan parti tersebut.

Sehubungan dengan pergeseran kepimpinan PKR Sabah rakyat berharap dapat diselesaikan oleh Presiden parti sebaik mungkin, demi mendepani PRN Sabah yang dijangka tahunb2024 mahupun selewat lewatnya pertengahan 2025 jika PH mahu menyertai PRN berkenaan. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan