Sabtu, 23 Mac 2024

PENIAGA BAZAR BERAPA NASI KOSONG SEMANGKUK INI?

"Siapakah Menyahut Cabaran Harga Nasi Kosong Semangkuk Ini Dengan RM0.50 Bagi Beras RM38.00 Sepuluh Kilogram Khususnya Di Bazar Ramadhan" 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Dalam penghasilan jualan nasi  kosong  beras berharga RM38.00 untuk 10 kilogram dilapirkan masih berganda ganda untungnya jika dijual RM0.50 semangkuk nasi kosong.

Inikan pula jika beras tempatan RM29.00 bagi 10 kilogram  yang digunakan oleh setiap peniaga sudah tentu untung mereka tidak terfikir berapa jumlah nya, apa tak lagi jika ada yang memperolehi beras RM26.00 bagi 10 Kg tentu sekali orang takut riba masih ada menjual nasi kemak RM1.50 sebungkus atau RM2.00 Setapau.

Sejak tahun 1976 sehingga hari ini mungkin tidak ramai terfikir berapa mangkuk jumlah dimasak bagi beras 10 Kilogram dengan harga berbeza beza RM38.00 dan Serendah RM26.00, bukan sahaja pakar ekonomi berdiam dalam kes ini malah ramai orang politik yang cuba dihubungi kru Media Terkini namun semuanya enggan memberi komen tanpa ingat rakyat termiskin.

Menurut rakyat termiskin yang dimaklumkan kes jualan nasi kosong dalam konteks 10 kilogram jika dijual RM0.50 mereka agak terperanjat, selama ini nasi kosong mereka beli RM2.00 hingga RM3.50 berapa jumlah lah untung penjual nasi kosong dengan beras RM38.00 dan serendah RM26.00 bagi  10 Kg ujar mereka. 

Isu NASI KOSONG SEMANGKUK didedahkan bagi menyedarkan golongan peniaga serta pemimpin parti politik sama sama turun padang membela rakyat miskin dan bukan nya berdiam diri, berapa mangkuk nasi kosong yang dapat dijual bagi beras 10 Kg dengan harga RM38.00 hingga serendah RM26.00 sudah pasti tidak ada sedia jawapan nya.

Sehubungan dengan paparan ini belum ada orang politik atau penjual nasi kosong memberi komen mereka bagi menurunkan harga nasi kosong jualan harian mereka, tidak hairan lah lambakan penjual nasi setiap hari bukan sahaja dikedai makan malah sampai dilorong tepi tepi jalan raya sekalipun ramai penjual nasi mengambil tempat.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan