Isnin, 11 Mac 2024

ROKOK SELUDUP BEBAS DIJUAL?

"Setiap Lorong Pejalan Kaki Bebas Menjual Rokok Seludup Setiap Hari Walau Dibandar Mahupun Pekan, Malah Ada Segelintir Orang Dari Kampung Membelinya Untuk Dijual Semula Termasuklah Rumah Setinggan" 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Selagi anda tidak melangkah meninjau segala apa yang ada didepan mata selagi itu tidak kelihatan apa didepan mata.

Ini pendedahan orang Kota Kinabalu dalam siri jelajah turun padang KRU MEDIA TERKINI hari ini yang tidak pernah dirungkai warga Sabah.

Kebanyakan penjual rokok terbabit sukar dikenali memandangkan loghat bahasa mereka juga bagaikan mirip bahasa negara seberang. 

Menurut wargakota yang ditemui, penjual berkenaan bukan sahaja terhadap sebilangan petugas dijabatan kerajaan, malah ada juga yang mendakwa orang kampung dan penghuni rumah setinggan membelinya untuk dijual mereka semula tegas mereka.

Ini adalah pendedahan orang Kota Kinabalu yang bersemuka dengan Rombongan Media Terkini Malaysia semasa tinjauan rasmi dekat Sabah, malah ada juga beberapa orang Kota Kinabalu yang tidak suka melihat rombongan Media Terkini Harian dengan Kad PRESS sekali didepan mata mereka. 

Apapun mereka tidak senang hati itu adalah hak individu namun penjual rokok seludup ini dilaporkan cukup lengkap dengan TONTO nya, sebarang operasi pihak berkuasa negeri Sabah dilaporkan sentiasa dipantau oleh kumpulan TONTO disekeliling para penjual rokok tersebut.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan