Ahad, 10 Mac 2024

ISU KHLAWAT JAUHI DARI KEHIDUPAN

"Umat Islam Seharusnya Menjauhi Kes Khlawat Sebagai Memelihara Nama Baik Agama Islam, Isu Kemungkaran Wajar Dijauhi Demi Agama Yang Dianuti Dan Bukan Terpengaruh Nafsu Serekah" 

Oleh. Basron Kirwan  

Kuala Lumpur.  Isu artis ditangkap khlawat baru baru ini bukan dijadikan bahan sensasi sebaliknya wajar dijadikan pengajaran semua orang Islam, apapun perhubungan pasangan berugama Islam uruskan lah secara merangkumi peradaban agama dan jauhi kemungkaran. 

Menurut pandangan warga dewasa yang ditemui, pasangan yang memiliki keserasian membentuk mahligai rumahtangga harus merujuk kepada pegawai jabatan agama Islam berhampiran, tindakan berdua duaan dirumah tanpa ikatan muhrim serta keluarga kandung pasangan hanya menimbulkan pelbagai sakwasangka orang ramai terutama yang beragama Islam.

Ada sebilangan wargaemas mencadangkan setiap pasangan yang serasi dan berhasrat mendirikan rumahtangga sebaiknya mohon nasihat dari Jabatan Agama Islam berhampiran, perbuatan berdua duaan  didalam rumah mahupun bilek hotel tanpa ditemani keluarga kandung hanya menimbulkan syakwasangka orang ramai malah ditegah oleh agama Islam.

Sehubungan dengan pendedahan ini, orang ramai haruslah menjauhi perbuatan yang menimbulkan syakwasangka khususnya berdua duaan didalam rumah dan hotel tanpa ditemani keluarga bersama masing masing. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan