Rabu, 13 Mac 2024

IC PALSU BOLEH JADI PENGAWAL?

"Sepuluh tahun orang asing dari Fhilipina bertugas sebagai Pengawal Keselamatan Malaysia tanpa dikesan, ini menimbulkan tanda tanya mengapa mereka tidak terkesan masa tapisan rekrut pengambilan dahulu" 

Oleh. Gifkir Aming 

Kuala Lumpur. Isu Pengawal Keselamatan rakyat Fhilipina suami isteri menghairankan bagaimana terlepas dari tapisan pemilihan oleh majikan mereka di Damansara dekat sini, pasangan tersebut yang memiliki 5 orang anak antara 18 hingga 33 tahun sanggup membeli Kad Pengenalan Malaysia dengan RM350.00 hingga RM500.00 pengakuan mereka.

Bayangkan lah pasangan tersebut 10 tahun sudah cari makan berkerja dari kilang Sabun sehingga menjadi pengawal keselamatan dengan ribuan gaji mereka. Mujur lah JPN mengadakan operasi Damansara sehingga kedua dua rakyat Fhilipina tersebut yang mungkin lebih ramai lagi masih berada diseluruh negara Malaysia.

Menurut sumber maklumat orang ramai, jika dilihat kebanjiran rakyat Fhilipina dalam negara ini terlalu ramai namun ada sesetengah negeri bagai tidak kisah dikeliling golongan terlibat, malah ada juga yang menjadi sahabat harian mereka terutama yang ada kepentingan dalam kehidupan seharian mereka tegas penduduk tempatan.

Dengan pendedahan ini semua warga Malaysia membuka mata setiap orang asing disekeliling mereka agar tidak menyokong golongan berkenaan, bertindaklah dengan saluran benar kearah melampirkan perwatakan PATI keatas pihak berkuasa bagi membenteras PATI diseluruh negara Malaysia.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan