Khamis, 28 Mac 2024

REKOD DATA RAKYAT MALAYSIA

"Data Rekod Seluruh Rakyat Malaysia Miskin Kaya  Dan Jumlahnya Sudah Ada Sejak Sekian Lama, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat E. Kasih Dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Bahagian Penerima Bantuan Bantuan Sara Hidup Rakyat" 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Kerajaan Perpaduan  Madani perlu mengkaji semula sistem PADU yang berjalan masa kini seperti bantahan beberapa pemimpin kerajaan seperti Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery Gapari Kitingan baru baru ini.

Bantahan tersebut merupakan penghentian operasi bagi menambah baik sistem dan bukan nya mahu nemberi penekanan dan memaksa seluruh jumlah penduduk Malaysia, malah mengapa secara tergesa gesa Pendaftaran PADU dilaksanakan sedangkan rekod data kemiskinan rakyat sudah ada di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Jabayan Kebajikan Masyarakat Malaysia E. Kasih dan Jabatan Perangkaan Malatsia Banci Penduduk.

Semua data rakyat Malaysia khususnya yang miskin cukup tersimpan didalam tiga Jabatan  tersebut yang semua nya tidak akan hilang sepanjang hayat setiap warga Malaysia, sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin disetiap negeri mengharap kerajaan perpaduan menghentikan dahulu PADU bagi penyusunan semua datanya sehingga tidah terdedah semua rakyat Malaysia.

Pengumuman Menteri Sarawak Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah Yang Mendakwa Padu Menelanjangkan biodata rakyat Sarawak perlu ditutup dan dikaji pengubahsuaian nya, data rakyat perlu terlindung demi masa hadapan mereka dan tidak mungkin golongan menteri dalam setiap negeri sanggup membantah jika tidak ada fakta asas kerisauan mereka keatas rakyat jelata negeri mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan