Jumaat, 29 Mac 2024

MAMPUKAH RAKYAT SABAH KEMBALI SOKONG BN?

"Mampukah BN Sabah Seiring Jelajah Menemui Rakyat Berbilang Kaum,  Terutama Menjelang Pilihan Raya Negeri Akan Datang Sebagai Me-
raih Kemenangan Dalam Pilihanraya Kelak" 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Usaha sebilangan pemimpin UMNO menerajui perjuangan dalam parti diperingkat negeri ini mungkin getir jika tidak sampai kepada ahli ahli dan rakyat diperingkat akar umbi mulai dari sekarang.

UMNO yang memiliki rakan dalam kompenan BN termasuklah PBRS, MIC dan MCA dalam negeri Sabah mempunyai cabaran tinggi, kearah menemui rakyat jika mereka tidak selangkah mahu bertemu semua rakyat dalam 73 kerusi Dewan Undangan Negeri lebih awal dari pilihan raya negeri. 

Sejak kebelakangan ini dilaporkan hanya beberapa pemimpin UMNO Sabah kerap bergerak menemui rakyat diperingkat  akar umbi menurut suara penduduk masa kini, mungkin kah kompenen BN yang lain secara solo  menemui rakyat dikawasan mereka masing masing tanpa diketahui umum hanya BN sahaja yang tahu pergerakan mereka.

Menurut sumber penduduk Sabah masa kini, satu keghairahan yang dijadikan daya tarikan politik tempatan masa kini adalah Sabah Ditabdir Parti Tempatan Sabah, mereka mahu mengikuti Sarawak yang diterajui Gabungan Parti Sarawak kerajaan masa kini dinegeri tersebut tanpa menyedari Sabah dilaporkan menjadi tumpuan PATI dari negara jiran terdekat.

BN perlu menjawab dakyah Sabah Ditabdir Parti Tempatan Sabah oleh pihak parti lawan jika mahu rakyat Sabah kembali menyokong mereka didalam PRN akan datang, jika kepimpinan BN tidak menepIs kempen parti lawan bagi mempengaruhi rakyat menolak BN dengan parti Sabahan majoriti rakyat Sabah mungkin terpedaya dengan kempen tersebut.

Terdapat juga beberapa parti baharu dalam Sabah aktif dimedia sosial mahu berhasrat bertanding dalam PRN akan datang dalam 73 kerusi, namun kepimpinan parti berkenaan masih menjauhi akbar akbar berdaftar dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah sehingga rakyat Sabah keliru.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan