Selasa, 1 Ogos 2023

AMBANG SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Meriah pelancaran jelajah kembara  bulan kemerdekaan yang disertai pelbagai Agensi Kerajaan Sabah dan Persekutuan amnya hari ini yang dilaporkan bermula diperkarangan bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu  pagi tadi. 

Namun adakah warga miskin serta penduduk desa terpencil mampu menikmati kemeriahan Sambutan Kemerdekaan seumpama seperti yang dikecapi golongan kakitangan dan agensi  kerajaan diseluruh negeri ini tentu sekali warga miskin hanya melihat dari jauh sambutan kemerdekaan tanpa bantuan kerajaan Sabah.

Kebanyakan kemeriahan sambutan kemerdekaan Sabah dilaporkan rakyat miskin hanya melihat dan mendengar laporan program tersebut siaran TV serta Radio berbanding warga miskin yang saban hari berkerja sendiri mencari sesuap nasi bersama keluarga mereka tiap hari.

Amat menyedihkan warga miskin Sabah terlalu sukar mendapat kelulusan permohonan E. Kasih walaupun golongan yang berpendapatan RM700 sebulan tanpa sebiji basikal sekalipun namun kerajaan Sabah tidak pernah meluluskan permohonan terlibat. 

Sambutan kemerdekaan tidak langsung memberi kemeriahan orang miskin di Sabah melainkan kakitangan agensi kerajaan mahupun warga desa kais pagi makan pagi kais petang makan petang ujar penduduk miskin Sabah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatenglniaga  didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini  Har  Kuala Lunpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan