Isnin, 28 Ogos 2023

RAKYAT SETIA JIKA PRASARANA DIPELIHARA 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Tidak ada rakyat  berpaling tadah menyokong parti pembangkang disetiap kawasan jika semua prasarana pembangunan dikawasan mereka diselenggara dengan betul walaupun secara berperingkat. 

Kegagalan kepimpinan memperbaiki kemudahan jalan raya yang terlalu dhaif bertahun tahun lamanya membuatkan ramai rakyat bertindak menyokong kepimpinan parti pembangkang sebagai protes keciwa pemimpin mereka yang tidak prihatin masaalah rakyat setempat.

Menurut warga desa, lebih 60 tahun merdeka namun masih ada jalan raya yang hampir putus serta tidak berturap entah mengapa pemimpin setempat bagai tidak nampak bebanan yang ditanggong rakyat jelata tegas mereka.

Pemimpin kerajaan diperingkat pejabat ADUN mahupun pejabat PARLIMEN wajar mengambil tindakan menemui rakyat luar bandar bagi mendengar keluhan mereka sebagai dibawa kepada YB ADUN dan YB AHLI PARLIMEN supaya masaalah rakyat mampu ditangani dengan pantas secara berperingkat.

Apapun pemimpin kerajaan diperingkat bawahan perlu memperkasa kerjaya mereka tanpa ada hentinya agar semua rakyat tidak menyalahkan kerajaan negeri dan persekutuan amnya demi kemajuan berganda dalam jangkamasa tertentu.





Nota. Dilarang  membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan  Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan