Selasa, 8 Ogos 2023

ARTIS VETERAN TERUS DIPERLEKEH 

Oleh. Koijul Hairol

Kuala Lumpur. Artis artis veteran perlu diberi pembelaan pihak kerajaan apabila ada pengurusan syarikat yang tidak memberi bayaran setimpal dengan kerjaya lakonan mereka walau pun masih lagi  setanding dengan karya orang muda masa kini. 

Beberapa artis sebelum ini pernah meluahkan kekeciwaan terhadap pengurusan syarikat yang membayar tenaga kerja mereka terlalu rendah berbanding artis muda mudi, namun apa lah daya pelakon veteran yang tidak dihiraukan syarikat pengurusan mereka melainkan mempamerkan tangisan sahaja sepanjang masa apabila tidak ada tempat mengadu.

Kru Media Terkini dimaklumkan banyak artis veteran seluruh negara  menerima nasib yang sama namun ada diantara mereka diam membisu tanpa meluahkan suara mereka yang sebenar, ianya  melibatkan golongan artis veteran yang dilaporkan terpinggir di Sabah namun sukar dihubungi oleh kru akbar berpusat di Semananjung Malaysia walaupun dibuat temujanji.

Ada juga sebilangan artis Sabah yang enggan memberi kerjasama semasa kru Media Terkini menghubungi mereka, apapun ianya hak sebilangan artis Sabahan dalam memilih kru media yang mereka meluahkan rasa suara hati mereka untuk tatapan umum.

Hanya kerajaan Malaysia perlu memberi bantuan semua artis veteran yang terabai diseluruh Semananjung Malaysia agar nasib masa depan mereka terus terbela tanpa keciciran ujar artis yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan