Sabtu, 26 Ogos 2023

Berita Ringkas 

BARANG NAIK HARGA SALAH SIAPA? 

Oleh. Koijul Hairol

Borneo. Asal barang makan naik semua orang kata salah kerajaan tanpa berfikir siapa membuatnya naik harga. 

Terbaru JERUK BUAH BAMBANGAN tersebar meluas dengan harga RM15 1 kontena kecil sedangkan ianya hasil campuran bawang dan gula atau garam serta biji buah bambangan berserta ikan bilis sedikit amnya lada padi namun harganya umpama harga emas akibat rasa tamak pihak penjual.

Buah bambangan merupakan tanaman sendiri penduduk asli negeri ini masa sekarang dan tidak memerlukan modal yang tinggi malah buahnya juga gugur sendiri sebaik masak diatas pokok, namun atas kerakusan mengaut keuntungan mereka menjualnya berganda ganda walhal kontena yang dipergunakan hanya dibawah harga RM2.00 satu kontena ujar orang ramai.

Anehnya sebilangan rakyat yang menaik kadar harga jualan mereka kerajaan pula dituding jari menyalahkan segala kenaikan harga barangan tempatan, majoriti barang dilapor naik harga berpunca dari perasaan rakus atau tamak peniaga yang memasarkan jualan berkenaan namun bila ditanya kerajaan yang dipersalahkan mereka.

Perbuatan seumpama perlu diberi nasihat oleh kerajaan dimana rakyat yang melonjak kadar harga jualan mereka setiap masa, kerajaan  pula terus dipersalahkan setiap masa tanpa ada rasa bersalah segala apa yang mereka  perniagakan dengan kadar harga tinggi ujar penduduk yang ditemui.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan