Sabtu, 12 Ogos 2023

PH BN PERLU MENDEKATI RAKYAT  

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Kebangkitan Perikatan Nasional  menawan Kedah, Kelantan dan Terangganu dalam PRN kali ini wajar dikaji lebih teliti kepimpinan BN PH kearah lebih mendekati seluruh rakyat Malaysia bermula dari sekarang jika mereka mahu  mempertahankan sokongan rakyat keatas kerajaan perpaduan berkekalan. 

BN PH tidak lagi boleh mengambil muda kedudukan pengaruh Perikatan Nasional diseluruh negara jika sekadar bergantung maklumat ketua ketua cawangan lama mereka mendepani seluruh rakyat jelata,  sesuatu usaha perlu dilakukan oleh BN PH demi mendekati segenap lapisan rakyat Malaysia khususnya berdaftar sebagai pemilih setiap masa tanpa  mengabaikan segala suara rakyat  jelata.

Ini penting jika BN PH mahu meneruskan legasi perjuangan kerajaan perpaduan masa kini sehingga pru ke 16 agar mendapat sokongan padu lebih tinggi bagi menghadapi pru akan datang, isu  rakyat jelata lebih memberi sokongan pada prn Kedah, Terangganu dan Kelantan terhadap PN memberi mesej jelas ada ketidakpuasan hati rakyat keatas corak kepimpinan BN PH dikawasan tersebut dan wajar diperbaiki lapor aktivis politik setempat.

Untuk rekod PN hanya memiliki gabungan PAS dan BERSATU namun jentera mereka mampu bergerak sampai kesegenap lapisan rakyat jelata diseluruh negara, tidak siapa menduga gerak gempur PN yang aktif mendekati setiap rakyat individu berbanding menghimpunkan rakyat didalam ceramah boleh memberi kemenangan besar pada mereka. 

Apapun terserah kepada sebarang langkah tindakan yang diambil oleh PH BN kearah mempergandakan semula sokongan rakyat keatas perjuangan parti BN PH yang terlalu banyak parti gabungan dalam rumpun perjuangan gsbungan mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan