Ahad, 27 Ogos 2023

TARAP DAN DURIAN BERISI LUAR BIASA 

Oleh. Gifkir Aming 

Dua jenis buah ini dilaporkan luar biasa isinya malah jarang sekali dilihat warga kota namun inilah pengalaman warga desa yang berbudi pada tanah pasti memperolehi hasil yang menakjubkan.

Tarap ISI TEBAL dengan biji kempis dan kecil serta DURUAN TANPA BIJI PADA ISI nya menjadi bual cerita orang ramai yang pernah melangganinya setiap tahun musim buah.

Pendedahan warga desa yang menemui  kru Media Terkini Borneo dekat sini beberapa hari yang lepas bersama gambar buah yang mereka perolehi dari pemilik kebun buah berkenaan minggu lalu, kebanyakan warga desa yang melihat buah tersebut hairan dan mengaku belum pernah melihat buah seumpama pada sebelum nya walau banyak tempat  menempah buah ujar mereka.

Ini lah penghasilan dikalangan orang yang berbudi pada tanah walaupun kadangkala ada warga yang kerap ambil kesempatan tanpa mengira bangsa dan agama, golongan terlibat menempah buah serendah RM3.00 hingga RM5.00 sekilogram dari pemilik ladang sedangkan menjualnya pula antara RM13.00 hingga RM18.00 sekilogram tanpa berfikir tenaga pemilik ladang menjaganya. 


SIAPA MEREKA PEMBELI MINYAK BERSUBSIDI

Oleh. Koijul Hairol

Minyak masak bersubsidi pek plastik  berharga RM2.50 dalam Sabah dikuasai warga asing terutama dipekan pekan terpencil sehingga berbaris mempamerkan penguasaan belian mereka.

Penduduk tempatan kebanyakan nya sekadar menjadi penonton berikutan enggan bersesak dengan warga asing yang banyak berbaris bagi membeli minyak berkenaan, anehnya tidak ada sesiapa yang membuat pemantauan berkenaan setiap masa walaupun ramai pegawai kerajaan dilaporkan melintasi kawasan tersebut namun umpama tidak kelihatan tindakan ujar orang ramai.

Media Terkini juga dimaklumkan terlalu banyak minyak masan pek plastik dikuasai warga asing bagi negeri Sabah sejak ianya diperkenalkan, namun warga asli Sabah hanya terus menjadi penonton tanpa dapat merebut belian nya dari kedai akibat lelaki wanita dan kanak kanak orang asing terus berbaring bagi membelinya. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan