Ahad, 27 Ogos 2023

ALAM MISTERI PENUH TANDA TANYA 

Oleh. Huzera Ben 

Uruguy. Beberapa tasik dinegara ini mengalami kekeringan mendadak berikutan pemanasan global tidak menentu sejak beberapa tahun lepas, tambahan pula negara ini terus dilanda kemarau sejak kebelakangan ini menyebabkan banyak tasik kering kontang sehingga kenderaan ringan boleh melintasinya.

Beberapa pandangan aktivis dunia mendakwa cuaca tidak menentu adalah sesuatu petunjuk betapa kuasa Tuhan mahu menguji manusia sejauh manakah kesedaran mereka keatas bumi yang dipijak setiap hari, sebaliknya hanya sebilangan kecil sahaja manusia yang mampu mendalami serta menghayati situasi sebenar dimuka bumi ini walaupun saban hari dimaklumkan kedudukan yang sebenar.

Menurut penduduk negara ini tahun 2023 cuaca terik melanda beberapa kawasan bumi mereka sehingga tasik besarpun boleh jadi kering kontang tanpa setitis hujan pun turun, kebimbangan mereka juga adalah jika berlaku kemarau panjang besar kemungkinan sumber bekalan air negara tersebut juga bakal kekeringan dan bakal membebankan seluruh warga setempat.

Hanya dengan ketakwaan serta keyakinan bantuan dari Tuhan maha berkuasa mampu mengembalikan  air disetiap tasik kering kontang dipelusuk negara tersebut sebelum penghujung tahun 2023 ini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan