Sabtu, 12 Ogos 2023

ISU POLITIKING  TIADA HENTINYA 

Oleh. Jusupi Anak  Kurdi 

Pitas. Penduduk bumiputera setempat terkilan ada golongan politiking setempat tidak henti henti bercakap politik namun tidak nampak jelas apa usaha mereka memajukan warga desa setempat melainkan cerita politik kosong sahaja sepanjang tahun. 

Terdapat beberapa individu kawasan Pitas dan Bengkoka yang suka berjanji politik pada golongan yang ditemui namun  ianya hanya terungkap dimulut dan terlupa selepas beberapa hari sahaja, ini sangat mengeciwakan para penduduk yang sering mendepani mereka dengan menggesa pemimpin tertinggi parti memberi nasihat supaya ahli mereka diperingkat kampung berhenti berbohong tegas mereka.

Ini didedahkan penduduk sekitar dalam tinjauan kru Media Terkini sekitar Pitas dan Bengkoka dekat sini beberapa hari yang lepas, penduduk sekitar yakin perjuangan tulen akan ditentukan oleh seluruh rakyat setempat tanpa tunduk dengan politiking tidak menentu orang tidak bertanggongjawab ujar mereka.

Warga Pitas Bengkoka juga mengingatkan geng politiking yang kerap mendustai masyarakat menghentikan perbuatan mereka demi nama baik seluruh lapisan warga setempat didalam jangkamasa panjang, perbuatan tersebut juga menjejaskan imej terbaik dan mulia setiap masyarakat berbilang kaum setempat apa tak lagi jika geng terlibat bergerak seumpama bergerak diseluruh Sabah tegas mereka.


 Pengguna Kunyit Bermutu boleh membuat tempahan kepada penanam yang  berada di Borneo cukup tersohor sehingga masa kini. 

Sesiapa pengguna Kunyit Asli Bermutu boleh hubungi Gifkir Aming ditalian 0194827829 dan 01138554026 masa pejabat sahaja 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan