Isnin, 7 Ogos 2023

.

PRN SABAH SIAPA PILIHAN RAKYAT? 

Oleh. Koijul Hairol dan Norsham Haji Tukirin  

Sabah. Rakyat negeri ini mula menterjemahkan parti politik mereka masa kini sejauh manakah keprihatinan para jentera parti mereka diperingkat bahagian mahupun cawangan demi memilih golongan prihatin
dan iklas menolong rakyat tanpa bercakap bohong tanpa diketahui para pemimpin tertinggi parti terlibat. 

Sejak kebelakangan ini terdapat pemimpin parti politik yang suka membohong rakyat dengan pelbagai alasan tanpa bertanggongjawab 
dengan segenap rakyat yang mereka janjikan namun tidak langsung ditunaikan sampai hari ini. 

Menurut penduduk Sabah, semua parti yang terdapat di Sabah sentiasa baik dengan rakyat jelata namun golongan pemimpin pertengahan serta bawahan ada yang sengaja mengabaikan rakyat yang mereka temui jelas penduduk yang ditemui. 

Antara parti parti yang bergabung di Sabah ialah Gabungan Rakyat Sabah yang didakwa semua parti dalam anggota adalah lokal Sabahan, selain dari itu tidak ketinggalan Parti Warisan Sabah, Parti Barisan Nasional yang dianggotai UMNO, PBRS, MCA, MIC serta Pakatan Harapan Rakyat terdiri Parti Keadilan Rakyat, Parti DAP dan AMANAH serta UPKO. 

Bagi parti pembangkang Sabah yang diterajui  oleh BERSATU Perikatan Nasional yang dianggotai PAS, GERAKAN  masih lagi dianggap berpengaruh dikalangan rakyat Sabahan. 

Semua parti yang ada di Sabah diterajui kepimpinan semua warga asli Sabahan tanpa ada seorang pun dari penduduk Semananjung Malaysia menjadi pemimpin tertinggi politik Sabahan walaupun ada segelintir pemacu politik Sabah mempertikaikan parti Malaya yang berjuang dalam negeri tersebut. 

Sehubungan dengan pendedahan ini rakyat Sabah yang berdaftar sebagai pengundi terus bebas tanpa kekangan atau larangan memilih mana mana parti yang mereka sukai sepanjang masa.




Nota. Dilarang  membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan