Sabtu, 19 Ogos 2023

KOTORAN DIDEPAN MATA NAMUN WARGA TETAP MEMBISU  

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Sesetengah penduduk dalam negeri ini  dilapor bagai tidak kisah melihat sampah sarap akibat perbuatan warga asing yang tidak menghirau pembuangan sampah dikeliling mereka.

Selain sampah sarap merata tempat oleh 

sebilangan warga asing 

ada juga yang mendakwa jika mereka berkerja dikedai makan sekalipun sememangnya ramai yang mengabaikan kebersihan pinggan mangkuk serta penghidangan makanan yang tidak bertutup sepanjang hari jelas orang asli Sabah.

Antara pendedahan sebilangan warga asli Sabah berkait dengan pekerja asing dari negara jiran terdekat bagai tidak ada kesedaran mereka sepanjang masa berada didalam negeri ini, namun warga asli Sabah mendakwa sebilangan warga asing yang berkerja dinegeri ini tidak boleh ditegur oleh orang awam melainkan petugas pihak berkuasa tempatan sahaja yang boleh menegur mereka. 

Isu ini bukan perkara baharu malah puluhan tahun sudah berlaku dipelusuk Sabah namun ramai warga negeri ini tidak kisah dengan pengendali makanan golongan orang asing berkenaan, ada juga segelintir orang Sabah yang pantas suka membela segala perilaku warga asing demi mempertahankan sesuatu kepentingan mereka dalam jangkamasa panjang. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan