Isnin, 14 Ogos 2023

PELANCONG BERBUDI PEKERTI 

Oleh. Koijul Hairol 

Sabah. Kedatangan pelancong dari negara barat didalam negeri ini khususnya kawasan bandaraya  Kota Kinabalu lebih menghormati warga Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama berbanding orang yang berkerja didalam negeri ini ramai tidak menghormati diantara satu sama lain.

Sebilangan pelancong dari negara barat yang ditemui lebih mengukir senyum bila bertemu dengan warga tulen Malaysia walaupun pertama melihat mereka, ini diakui beberapa warga Malaysia yang bertugas di Kota Kinabalu berbanding dengan beberapa peribumi serta rakyat asing yang berkerja dipinggir bandar Kota Kinabalu cukup memilih orang dikenali.

Pelancong dari negara barat bila disapa selamat pagi pasti memberi jawapan namun sebilangan orang yang dilaporkan pribumi dan pekerja asing langsung paling muka bila disapa dengan ungkapan selamat pagi.

Apapun pendedahan ini  sekadar memberi keinsafan agar jangan terlalu ego membuang muka dengan sesama bangsa atau serumpun dalam Asia memandangkan adakala nya kita saling berkerjasama dalam apa juga keperluan dan kecemasan disuatu masa kelak.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan