Isnin, 7 Ogos 2023

BANGKIT DAN MERDEKA BERSAMA 

Oleh. Joupis Anak Lagau 

Kuala Lumpur. Ambang merdeka tahun 2023 hampir tiba namun ramai warga belum buka minda serta mata walau diperkotak katikan oleh sebilangan orang parti politik bahagian dan cawangan amnya, kes seumpama kerap berlaku setiap bulan demi kepentingan peribadi mereka sendiri sejak mula menceburi pertubuhan parti politik tanpa visi membantu rakyat sebenar selagi mereka berjawatan. 

Setiap sambutan hari KEMERDEKAAN golongan orang parti politik terlibat mula bercakap rakyat meraih perjuangan mereka namun bila rakyat mohon bantuan mereka banyak berdalih dengan pelbagai alasan tidak munasabah, sehingga rakyat mereka bosan dengan janji janji orang parti politik sekitar kawasan Dun dan Parlimen yang diwakili golongan bercakap kosong dengan segenap rakyat yang ditemui. 

Golongan orang politik juga dilaporkan banyak cakap manis pada rakyat jelata namun ianya penyedap hati tanpa menunaikan dengan jelas, tidak hairan lah jika mana mana parti bertanding dikawasan pemimpin bawahan membohongi sebilangan rakyat setempat pasti akan kalah berulangkali sehingga hari ini.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan