Jumaat, 4 Ogos 2023

JANGAN BERI PELUANG PADA PATI 

Oleh. Jusupi anak kurdi

Sarawak. PATI dari negara jiran tidak ada ruang langsung menceroboh  bagi memasuki bumi  kenyalang berikutan kerjasama masyarakat kampung dengan petugas Angkatan Tentera DiRaja Malaysia yang  mengawal setiap perbatasan kedua dua negara sepanjang masa.  

Setiap PATI yang tidak membawa sebarang masaalah besar mahupun bahan bahan terlarang akan diusir semula kesempadan  negara jiran dan ditegah masuk semula kebumi kenyalang tanpa dokumen sahih. 

Langkah warga dan pasukan keselamatan diseluruh negeri bumi kenyalang bermaufakat bagi membenteras kemasukan PATI supaya tidak ada sarang persembunyian mereka dipelusuk bumi Sarawak. 

Langkah kesepakatan antara warga dan pasukan Tentera saling bertukar maklumat sebarang kehadiran PATI mampu mengekang dengan kehadiran kumpulan PATI kebumi kenyalang sehingga kehari ini. 

Usaha seumpama perlu dicontohi setiap warga dimana juga negeri yang muda dibolosi PATI  dengan memerlukan kerjasama orangbramai dan Tentera agar PATI gerun  menceroboh dimana juga sempadan dipelusuk negeri ini.



 Projek Ini  perlu disegerakan Pembinaan

Oleh. Gifkir Aming 

Tuaran. Projek pembaikan jalan raya berhampiran Hospital Berungis hingga kepekan Tuaran jalan  lama perlu dipercepatkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Kelewatan pembaikan jalan raya tersebut juga dilaporkan pengguna memenuhi habuk sepanjang  jalan dimusim kemarau manakala ketika  musim tengkujuh jalan licin digenangi air banjir dan membahayakan terhadap kenderaan kecil jelas orang ramai.

Pendedahan ini sekadar mengharap kerajaan pusat dan negeri saling berkerjasama mempercepatkan pembaikan jalan tersebut seberapa cepat yang boleh demi kebaikan seluruh pengguna jalan raya terlibat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan