Isnin, 28 Ogos 2023

JANGAN AMBIL MUDA 

Oleh Basron Kirwan 

Johor. Kepimpinan BN PH perlu menggerak jentera kerja disegenap lapisan rakyat pengundi bermula dari hari keramat kemerdekaan tanpa mengabaikan papan tanda yang dipasang ini. 

Segenap lapisan pengundi perlu disantuni supaya mereka mampu memilih parti politik yang matang berwawasan kearah  membela sebenar seluruh rakyat Johor, melayani karenah parti parti lawan tanpa menemui seluruh rakyat pengundi bagi memastikan kemenangan pilihan raya kecil dun dan parlimen perlu menemui semua rakyat jelata.

Apapun kain rentang yang dipamerkan (gambar) bukan penyumbang kemenangan selagi rakyat secara keseluruhan tidak keluar mengundi masa pembuangan undi nanti, hanya undi segenap lapisan rakyat yang ditemui dan difahamkan matlamat perjuangan parti yang memerintah negara tanpa gusar dengan kain rentang. 

Untuk rekod seluruh rakyat Malaysia bijak memilih pemimpin yang benar benar berjiwa rakyat walaupun sudah diangkat menjadi pemimpin namun kekal bersama rakyat setiap masa, sebaliknya mana mana pemimpin dari kerajaan atau pembangkang yang gagal menjiwai seluruh permasaalahan rakyat  pasti akan ditolak sepanjang pilihan raya jelas orang kampung hari ini. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan