Rabu, 16 Ogos 2023

Berita Ringkas 

PENIAGA TERUS MENAIK HARGA JUALAN 

Sejak kebelakangan ini majoriti peniaga tumbuh bagai cendawan bergerak dengan menaik kadar harga jualan sesuka hati mereka, setiap bulan ada sahaja kenaikan harga jualan mereka diwatsap group dipercayai tidak ada teguran diperingkat kampung kediaman mereka.

Isu ini berleluasa dipelusuk negeri Sabah menyebabkan ramai warga miskin keciwa dengan peniaga terlibat mengaut keuntungan banyak berbanding warga miskin menggigit jari ujar penduduk tempatan.

Bayangkan Kaucong Pulut pada mulanya berharga RM1.60 sebiji namun mendadak kenaikan tak sampai setahun kini mencecah RM2.00 sebiji masa kini dinegeri Sabah. 

Hanya tindakan tegas dari  pihak  kerajaan sahaja mampu menghalang perbuatan peniaga watshap menurunkan semula kadar harga  yang mereka gandakan dalam sekelip mata sahaja jelas rakyat yang ditemui.


 PEKEBUN KECIL TERUS DITINDAS 

Langkah etnik orang asli menanam buah buahan terpinggir kebelakang berikutan pembeli bangsa mereka sendiri menjatuhkan harga sehingga RM3.00 sekilogram berbanding jualan dibandar dan pekan antara RM12 hingga puluhan ringgit sekilogram.

Ini didedahkan beberapa penanam buah dipelusuk Sabah bagi membongkar perbuatan bangsa mereka yang berkereta menindas harga orang orang kampung mereka demi mengaut  untung besar walau merugikan orang miskin dikampung mereka.

Adalah menjadi harapan orang orang kampung agar kerajaan Sabah mengawal perbuatan menekan harga pekebun buah dikampung semata mata mahu menjadi kaya raya sendiri berbanding orang kampung kerugian berpuluh kali ganda ujar mereka.

Oleh. Koijul Hairol



Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiarsn dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang




Tiada ulasan:

Catat Ulasan