Jumaat, 18 Ogos 2023

PERKUKUHKAN HUBUNGAN KERAJAAN DAN RAKYAT JELATA 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Kerajaan GRS perlu bersikap terbuka dengan semua rakyat jelata yang mendokong kerajaan perpaduan masa kini dengan membentuk perlantikan semua pemimpin kampung sama rata menerusi setiap parti PH, BN jika kerajaan GRS benar benar setia terhadap kerajaan perpaduan madani yang dibentuk bersama BN PH  GPS dan GRS pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia. 

Ini adalah antara keperluan pengagihan jawatan sama adil bagi semua parti tersebut merangkumi  JAWATAN JPKK, KETUA KAMPUNG, WKAN, WKN DAN PARA PEMAJU MUKIM diseluruh negeri Sabah jelas rakyat jelata yang ditemui. 

Sejak wujud pergeseran beberapa pemimpin Umno dan GRS  Sabah baru baru ini ramai pemimpin BN  dilaporkan tersingkir dari jawatan mereka  melibatkan PPM, CDO, PEMAJU MUKIM, KETUA KAMPUNG dan JPKK dipercayai akan diganti penyokong PGRS sahaja menurut sumber laporan bekas bekas yang tersingkir dari jawatan berkenaan. 

Semua kemelut  dan pergeseran antara beberapa orang pemimpin UMNO dan GRS sahaja tidak wajar dihukum kepada rakyat yang berjawatan diperingkat bawahan memandangkan rakyat jelata ini lah yang memberi kemenangan kepada kerajaan perpaduan masa kini ungkap penjawat yang tersingkir semasa ditemui. 

Hanya permaufakatan segenap lapisan rakyat jelata mampu memupuk perpaduan dan memperkasa kekuatan kerajaan perpaduan sepanjang 5 tahun akan datang, malah rakyat jelata khususnya mereka yang tersingkir jawatan tanpa sebab yang kukuh mampu menentukan sokongan rakyat siapa sebenar yang boleh menjadi pemimpin akan datang.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan