Khamis, 3 Ogos 2023

JUALAN HARGA TINGGA SALAH SIAPA?  

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Setiap penjual menaik harga jualan mereka penduduk negeri ini ramai menuding jari menyalahkan kerajaan berhubung kenaikan harga jualan terlibat. 

Bayangkan individu peniaga menaik kadar harga jualan mereka setiap hari namun menuding pula menyalahkan kerajaan  didalam isu tersebut sedangkan harga mereka penjual yang menetapkan harga setiap  masa tanpa diarah oleh mana mana  pemimpin kerajaan negeri mahupun persekutuan amnya. 

Antara perdagangan yang kerap meningkat harga ialah Ikan Bilis serta Ikan Masin kering antara RM25.00 hingga RM 38.00 sekilogram mengikut jarak jauh penghantaran nya  tiap hari jelas warga Sabah yang ditemui dekat sini. 

Setiap kali harga  barangan dinaik oleh golongan penjual pertama disalahkan adalah kerajaan pusat dan Sabah amnya apa tak lagi orang orang kampung yang jauh terpencil  kediaman mereka pasti membayar harga barangan berganda tinggi nya.

Rakyat mendedahkan kenaikan kadar  harga barangan yang  berlaku masa kini sebilangan nya tidak dipantau pihak berkuasa tempatan, ada juga berniaga masa kini dikalangan masyarakat yang lebih memburu keuntungan melibatkan riba walaupun modal kecil namun untung jualan berganda ganda.

Dalam konteks urusniaga masa kini kerajaan perlu menggerak pemantauan perniagaan sehingga keluar bandar bagi mengelak orang miskin terus menjadi mangsa, selain dari itu para pemimpin yang dilantik kerajaan diperingkat kampung perlu digerak memantau peniaga mengaut keuntungan berlebihan sehingga membeban golongan miskin setiap masa.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan