Khamis, 31 Ogos 2023

SAMPAI BILA MEREKA MAUFAKAT ? 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Sebilangan warga dinegeri Sabah mendedahkan ramai warga mereka tidak sepakat dalam meningkatkan ekonomi warga mereka  sendiri. 

Ini menyebabkan orang asing mengambil peluang bagi menguasai pembelian buah buahan tempatan khususnya durian yang sengaja dipinggirkan sebangsa mereka, namun bila warga asing mula menguasai pembelian buah buahan tempatan warga asli Sabah maka  mula lah warga sebangsa banyak celetoh kuarang berpuas hati serta dengki pada mereka. 

Selain dari itu ada juga warga mereka yang kurang 

membantu didalam apa juga urusniaga walaupun sekampung dan berbilang pengetahuan agama membuatkan orang mereka yang dipinggir paksa berurusniaga dengan warga asing yang kebetulan berniaga dinegeri tersebut.

Menurut warga Sabah yang rasa dipinggirkan serumpun mereka, isu yang terjadi berpunca dengan rasa dengki keatas kebolehan serta keupayaan seseorang mereka dalam menjalani perusahaan yang gagal dibuat mereka serumpun, malah ada juga warga mereka dilaporkan sengaja tidak mengenali warga sekampung walau bertentang mata entah mengapa memiliki pendirian seumpama namun dalam hal hal lain yang perlu bantuan pantas juga menghubungi jelas mereka.

Beberapa kru Media Terkini Harian di Sabah yang meninjau situasi aduan warga tertindas turut mendepani situasi yang sama  berikutan ada golongan yang kurang memberi kerjasama  sepanjang tinjauan, mujur lah ramai peniaga asing dalam negeri tersebut iklas membantu warga tempatan yang menjual pelbagai jenis buah sebagai pencarian mereka bersama keluarga berbanding warga mereka sendiri jelas warga tertindas yang ditemui.

Sehubungan dengan pendedahan ini,  warga dipelusuk negeri Sabah wajar menanamkan tekad saling bantu membantu tanpa memilih bangsa, status, darjat, agama, miskin kaya asalkan warga setempat harus saling bantu membantu agar ditonton bermaufakat serumpun.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan