Khamis, 31 Ogos 2023

MERDEKA DIMATA WARGA TERKINI 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kuala Lumpur. Menonton laungan hari kemerdekaan tanpa rasa pengorbanan segenap lapisan warga masa kini seperti pengorbanan para pejuang kemerdekaan terdahulu umpama tercari cari dalam kegelapan. 

Golongan pejuang kemerdekaan terdahulu bukan sahaja berkorban nyawa malah ramai yang sanggup berkorban harta benda semata mata mahu membantu merealisasikan hajat mencapai kemerdekaan yang dikecapi hari ini.

Pengorbanan pejuang Kemerdekaan dahulu dilaporkan terlalu jauh perbezaan sebilangan generasi masa kini yang sekadar mengebar bandera Malaysia sahaja, mungkin kah golongan terlibat tidak mengimbau sejarah sebenar kemerdekaan terdahulu sehingga ramai yang tidak tahu semua jenis pengorbanan kemerdekaan terdahulu.

Ayoh warga Malaysia berserta Sarawak dan Sabah semua hayati segala jenis pengorbanan  seluruh warga terdahulu yang berusaha memerdekakan negara pada tahun 1957 dan 1963 agar kesinambungan nya dapat dimengertikan tanpa sekadar mendengar sejarah sahaja. 


 PENIAGA YANG MENGERTI RIBA 

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sabah. Dalam peniaga berlumba lumba memburu keuntungan besar dalam industri perniagaan Media Terkini Harian Malaysia tertarik dengan urusniaga ini RM5.00 bagi 3 biji BUAH BAMBANGAN.

Sebelum ini bumi Sabah digemparkan penjualan Buah Bambangan antara RM3.00 hingga RM8.00 sebiji diseluruh pasar mahupun gerai gerai penjualan diseluruh Sabah, namun apabila seseorang peniaga memahami RIBA yang sebenar bagi umat Islam sudah memadai keuntungan RM5.00 bagi 3 biji buah Bsmbangan ujar warga Sabah yang ditemui.

Dalam tinjauan Media Terkini dinegeri ini ramai peniaga muda mudi tidak menghiraukan lagi erti RIBA dengan jualan mereka demi memburu keuntungan besar perniagaan mereka, namun bila ramai rakyat jelata menegur kadar harga jualan mereka yang tinggi alasan mereka muda bahawa kerajaan yang salah menaik semua harga barangan tegas mereka menuding jari.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan