Sabtu, 19 Ogos 2023

MENGAPA PENGARUH SANGAT MELUAS ? 

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Kuala Lumpur. Semua perbuatan yang bercanggah dari akidah agama Islam terus mendapat sokongan ramai masyarakat berbilang kaum diseluruh dunia  termasuklan negara Malaysi amnya. 

Terbaru yang menjadi hangat disertai oleh sebilangan masyarakat dinegara ini adalah LGBT sehingga sana sini perarakan dibuat umpama ianya tidak bercanggah hukum agama yang mereka ikuti.

LGBT didalam negara ini juga bukan sahaja menjadi ikutan pelbagai lapisan masyarakat golongan generasi muda mudi malah wargatua juga turut ada yang  mahu menyertai kumpulan tersebut walaupun  negara ini menghalang pembawaan LGBT diamalkan  secara berterusan. 

Semua warga Malaysia juga terkejut bila lelaki dan wanita terus menjadi peserta penyokong LGBT bagaikan tidak ada menghiraukan mereka berbuat sedemikian melainkan mengharap tindakan pasukan keselamatan. 

Beberapa aktivis masyarakat yang ditemui hairan apakah pengaruh yang menarik mereka menyokong LGBT sehingga terlalu ramai yang mula menyertainya, adakah kumpulan terlibat diberi imbuhan dari luar negara demi memperbanyak penyokong mereka diseluruh dunia dan ianya perlu kajian lebih terperinci ujar mereka.

Semua manusia yang berpegang pada pelbagai agama harus menjauhi pengaruh LGBT yang hanya merugikan akhlak diri serta menjatuhkan imej negara serta kerajaan yang memerintah negara kita bersama.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan