Ahad, 27 Ogos 2023

KAMI SENTIASA HADAPI CABARAN  

Menceburi industri persurat kabaran bukan satu langkah yang mudah malah pelbagai cabaran yang ditempuhi bagi menghidupkan industri penyiaran setiap hari.

Bermula dari penghujung 1997 dan melangkah ketahun 1998 langkah demi langkah disusun bagi meneruskan  AKBAR MEDIA TERKINI, MINGGUAN MISTERI, MEDIA MISTERI, KONTAK DAN KINI MEDIA TERKINI HARIAN  terus unggul bersiaran hingga hari ini.

Bermula dari peringkat bawahan dahulu dengan pelbagai tohmahan dilemparkan segelintir masyarakat, bukan satu penghalang meninggalkan industri penyiaran ini malah pembakar semangat kearah memajukan industri penyiaran, kini Media Terkini Harian mampu dikekalkan dengan bantuan penulis Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah sampai lah ketahun 2023 ini.

Dengan membawa kemera dan temubual orang orang politik selama 10 tahun cukup perit untuk dikenang  namun pengajaran tinggi memberi peluang menerokai penyiaran dengan lengkap, sehingga hari ini ramai menganggap sudah  tidak lagi kelihatan mendepani para pemimpin parti politik dan VVIP kerajaan negeri  amnya kerajaan persekutuan akhirnya tampil menduduki tangga tertinggi  didalam penyiaran Media Terkini Harian Asia.

Inilah perjuangan peneraju Akbar Media Terkini Harian Asia hari ini tanpa  tunduk pada tekanan golongan yang irihati, dengki tak senang dengan usaha orang lain mencapai impian dimenara tertinggi penuh susah payah dengan usaha berpuluh tahun lamanya.

Sungguhpun hari ini peneraju Media Terkini Harian Asia duduk mengurus penyiaran dan pengiklanan namun sesekali juga beliau turun kelapangan mendengar suara diluar sana demi penambahbaikan slot siaran, tidak ada masa terluang bagi bersenang lenang dalam kedudukan tertinggi penyiaran akbar ini tanpa mendengar suara para pembaca dan pengiklan didalam akbar ini dimasa akan datang. Pengarang




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan