Jumaat, 11 Ogos 2023

RAMAI MENGHUKUM WALAU BELUM ADA KES DIFAILKAN

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Satu sindrom penyakit sebilangan rakyat dan ahli parti politik dalam negara ini pantas menyebarkan hukuman terhadap seseorang pemimpin negara hanya bersandarkan poating individu dilaman sosial peribadi langsung disebarkan penyokong sesebuah parti politik tempatan.

Ini berlaku terhadap Dato' Sri Utama Haji Mohamad Hasan Menteri Pertahanan Malaysia yang tersebar meluas sejak beberapa hari lepas diseluruh Asian, ini menimbulkan tandatanya dikalangan aktivis masyarakat dalam Malaysia mengapa ramai rakyat Malaysia termasuklah dari Sabah dan Sarawak muda terpengaruh dengan penyebaran komentar individu  dilaman sosial ujar mereka.

Untuk rekod selagi golongan pemimpin kerajaan belum dijatuhi hukuman dari Mahkamah Kerajaan segala tuduhan yang dilemparkan golongan tertentu tidak boleh diterima apa tak lagi dijadikan sandaran menyebarkan komen berkenaan,  kru Media Terkini seluruh negara yang mendepani beberapa musuh politik BN dan PH  diperingkat akar umbi diherdik bagi mempercayai kes yang tular dilaman sosial individu tertentu namun belum ada laporan shahih dibuat bahan tersebut pihak berkuasa dalam negara.

Sehingga berita ini ditulis, Dato' Sri  Utama Mohamad Hasan  Menteri Pertahanan Malaysia masih bersih dalam mana mana kes walaupun laman sosial individu nenyebarkan pelbagai tuduhan liar terhadapnya.

Pengundi diseluruh 6 negeri yang mengadakan pengundian pada 12 Ogos 2023 perlu bijak memilih wakil rakyat  yang tidak suka menyebarkan dakyah tidak berasas apa tak lagi belum disabit sebarang kesalahan di Mahkamah  agar mereka memperolehi wakil rakyat yang berwibawa dan seiring dengan kerajaan perpaduan madani diperingkat pusat.

Dengan pendedahan ini semua lapisan rakyat harus meneliti semua siaran pandangan peribadi dilaman sosial perlu ditapis terperinci dahulu sebelum mempercayainya sepenuh hati, malah semua pengumuman kerajaan pusat keatas peruntukan pembangunan disetiap negeri jangan dimanipulasi jika belum diterima rujuk lah berulangkali keatas kerajaan pusat berbanding menyebarkan nya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan