Khamis, 24 Ogos 2023

AWAS TEKNIK PENIAGA JALANAN 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Setiap kedai minum dan kedai makan akan dipenuhi corak peniaga  berjalan meletak kertas nota setiap hari entah siapa yang meluluskan mereka berbuat seumpama walaupun permis kedai dilapor menghalang mereka namun sangat degil terus mengganggu warga yang sedang makan ungkap orang ramai yang ditemui.

Peniaga jalanan ini juga hanya memilih yang mereka boleh pengaruhi dengan kadar harga berganda ganda dari RM3.60 dijual RM10.00 sebungkus tanpa orang Sabah sedari mereka dialatkan oleh orang orang terlibat demi kepentingan dan kemewahan peribadi.

Urusniaga seumpama dilaporkan telah dimulakan warga asing dan kini diteruskan oleh sebilangan penduduk tempatan yang rakus dengan modal murah namun dijual semula mereka dengan harga yang tinggi menggunung. 

Trend  urus niaga  serupa juga mula menjadi ikutan seluruh negeri Sabah sehingga kepelusuk luar bandar tanpa pemantauan pihak berkuasa kerajaan Sabah lapor penduduk Sabah. 

Apapun bagi membendung urusniaga seumpama hanya warga Sabah sahaja yang mampu menghentikan nya dengan langkah memboikot urusniaga mereka yang mengaut keuntungan berganda ganda tanpa menghiraukan kerugian orang lain.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan