Selasa, 15 Ogos 2023

RAKYAT SABAH PERLU BIJAK MEMILIH 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Pemimpin parti politik didalam BN, PH dan UPKO Sabah wajar menerangkan misi wujud parti lokal Sabahan yang dilaporkan bermain dua kolam masa kini nenyokong perpaduan madani dan masih juga bersama didalam PERIKATAN NASIONAL Sabahan menurut sumber pemimpin parti PN Sabah hari ini.

Perikatan Nasional adalah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan masih menjalinkan hubungan didalam beberapa pemimpin tertinggi didalam parti  gabungan GRS sedangkan PGRS telah bersama menyokong Kerajaan Perpaduan Madani pusat jelas mereka. 

Sehingga hari ini ramai  warga  Sabah keliru hubungan antara gabungan PGRS dengan Perikatan Nasional berikutan laporan beberapa pemimpin parti politik dalam PGRS masih dilaporkan bersama gabungan PN seperti dilapor beberapa laman sesawang Sabah baru baru ini ujar mereka.

Sehubungan dengan pendedahan ini BN, UPKO dan PH perlu turun padang menemui semua rakyat  bagi menjelaskan hubungan PGRS dengan PN agar jelas dalam pengetahuan seluruh warga Sabah isu hubungan tersebut dalam setiap pengetahuan warga asli Sabah ungkap beberapa aktivis masyarakat dalam negeri hari ini.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan