Ahad, 13 Ogos 2023

PERLUKAH INDIVIDU DISALAHKAN KEKALAHAN PILIHAN RAYA? 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kuala Lumpur. Setiap kali kekalahan dalam pilihan raya ramai orang parti politik menyalahkan individu  sebagai perisai mereka bertahan dalam parti politik yang disertai, tidak seorang pun dari mereka diperingkat bahagian mahupun cawangan mengakui kelemahan mereka memilih dan menjauhi rakyat jelata setiap masa.

Dalam  Kekalahan  BN pada prn di enam negeri 12 Ogos 2023 lalu banyak komen menyalahkan individu  didalam parti namun tidak ada yang bertanya bagaimana hubungan kepimpinan parti tersebut kepada seluruh rakyat jelata dikawasan mereka, adakah kepimpinan bahagian dan cawangan setempat sudah berhempas pulas bagi mendampingi setiap rakyat tanpa ada yang tersisih.

Untuk rekod majoriti rakyat jelata lebih menilai kepimpinan bahagian dan cawangan sebelum menurunkan pangkah pada kertas undi berikutan mereka lah yang akan ditemui sebaik sahaja sesebuah parti membentuk kerajaan dan bukan nya pemimpin nombor satu atau nombor dua parti tertentu jelas warga desa yang ditemui.

Isu kekalahan BN di tiga negeri dalam PRN lalu perlu dikaji hubungan antara pemimpin parti diperingkat bahagian, cawangan dan negeri amnya keatas segenap rakyat didalam setiap kerusi Dewan Undangan Negeri sepanjang menerajui kepimpinan agar mampu mengenal pasti puncanya.

Tidak ramai rakyat jelata tahu dan mengenali pemimpin nombor satu dan nombor dua parti politik tertentu melainkan kepimpinan bahagian dan cawangan serta negeri amnya, tekad berpolitik perkasakan hubungan baik dan erat keatas semua lapisan rakyat jelata didalam kawasan masing masing dan bukan nya menjadi gunting dalam lipatan sehingga dibenci rakyat dan berpaling tadah kepafa parti lawan ungkap aktivis masyarakat yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan