Jumaat, 25 Ogos 2023

KUMPULAN PENIAGA BAWAH UMUR BERKELIARAN

Oleh. Williem Anak Lagau

Sabah. Mengapa anak anak bawah umur 13 tahun dilaporkan berkeliaran melakukan perniagaan pelbagai jenis jualan didalam kumpulan ramai?, persoalan ini dihujahkan oleh  warga pelawat didalam negeri ini sebaik melihat kumpulan kanak yang bergerak masuk keluar dipermis perniagaan walau orang ramai sedang menjamu selera. 

Kumpulan kanak kanak peniaga bawah umur juga gemar main terjah sahaja menjual produk mereka  tanpa menghormati orang yang duduk menjamu selera didalam restoran tertentu ujar pelawat ke Sabah hari ini.

Menurut beberapa peniaga dan pekerja restoran yang ditemui hari ini,  adakalanya kanak kanak bawah umur ini dihantar oleh sebuh van kelokasi yang mudah mereka menjual produk mereka setiap hari, kanak kanak ini ditemani pemandu van dewasa dari awal pagi sehingga sebelum masuk waktu Maghrib untuk diangkut semua enta kemana ujar peniaga yang ditemui.

 JALAN RAYA LUAR BANDAR SENDIRI BUAT 

Oleh. Koijul Hairol 

Sabah. Beberapa  jalan raya luar bandar dilaporkan kurang mendapat  pembaikan dari pihak berkuasa tempatan sehingga orang kampung sendiri membaikinya dengan menyimin guna tenaga sendiri tanpa bantuan sebarang misen moden. 

Kebanyakan kerosakan jalan raya luar bandar Sabah dilaporkan penduduk kampung kena buat sendiri tanpa ada bantuan dari pihak berkuasa tempatan, mereka (orang kampung) juga tidak tahu mengapa kerosakan jalan raya luar bandar tidak sama memperolehi pembaikan seperti apa yang diperolehi sekitar pekan dan bandar Sabah ujar orang ramai.

Dalam konteks ini kerajaan Sabah perlu turun padang melihat prasana pembangunan luar bandar khususnya jalan jalan raya agar tidak menjadi bebanan penduduk luar bandar sepanjang masa ujar orang kampung. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang



Tiada ulasan:

Catat Ulasan