Sabtu, 19 Ogos 2023

UMNO PERLU SEMAK MENGAPA RAKYAT TIDAK MENGUNDI 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Umno perlu turun padang bagi mendekati seluruh rakyat yang berdaftar sebagai pengundi bagi mendapat makluman mengapa ramai tidak mengundi BN sejak kebelakangan ini. 

Kebanyakan rakyat jelata yang berdaftar sebagai pengundi dilaporkan berpaling tadah kepada parti Perikatan Nasional yang menggunakan jentera kempen rumah kerumah,  manakala dalam kempen BN pula dilaporkan kekal mengharapkan cawangan cawangan mendekati setiap rumah rakyat jelata tanpa dikaji kesahihan nya.

Jentera PN diakuai rakyat berkempen sampai kerumah mereka berbanding  jentera BN yang lebih berharap cawangan penggerak berkempen dari rumah kerumah namun banyak tidak kesampaian, tidak hairan lah rakyat banyak berpaling tadah selepas bertahun tahun tidak didampingi kepimpinan bahagian dan cawangan mereka bagi meluahkan sebarang masaalah mereka untuk ditangani.

Sehubungan dengan paparan kali ini, kepimpinan UMNO dan BN wajar menggandakan  jelajah rakyat disetiap kampung bagi memulihkan hubungan pemimpin tertinggi dan bahagian bersama rakyat jelata, sejarah UMNO BN tidak pernah melupakan rakyat dahulu namun kini majoriti rakyat mengaku amat terasa betapa jarang dapat berjumpa dengan para pemimpin UMNO BN  masa kini entah mengapa ujar mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan