Khamis, 10 Ogos 2023

WARGA INANAM DALAM DELEMA 

Oleh. Koijul Hairul

Rumpun asli orang Inanam mengingatkan seluruh warga supaya sentiasa berwaspada dengan Geng Penipu, Pembohong, Memperdaya Rakyat demi kepentingan diri mereka berpolitik dengan orang atas namun segala habuan diperolehi hanya untuk peribadi tanpa jumpa warga kampung yang dijanjikan. 

Kegiatan seumpama dilaporkan berlaku sejak beberapa tahun yang lalu tanpa warga pengundi Inanam sedari sehingga lah golongan terlibat menjadi kepercayaan orang politik tinggi melawat kawasan tertentu setempat tanpa ada khidmat cemerlang pada penduduk setempat.

Menurut penduduk asli orang Inanam golongan Geng Seumpama bijak bercakap, suka mengumpul nama dan nombor Kad Pengenalan orang kampung sebagai modal  dipersembahkan pada orang politik atasan sebagai penyokong mereka walaupun rakyat yang dilaporkan berkenaan langsung tidak menyokong mereka yang hanya berjuang untuk peribadi mereka.

Kes berkenaan didedahkan oleh beberapa warga penduduk DUN INANAM sebagai peringatan semua pemimpin tertinggi parti politik Sabahan mahupun Malaysia amnya supaya tidak terjerat dengan kumpulan GENG terlibat dimasa akan datang.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan  Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan