Rabu, 27 Disember 2023

USAHA MEMBURU NAJIS DADAH PERLU DITERUSKAN

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Warga Sabah mencadangkan pihak Polis DiRaja Malaysia terus memburu pengedaran najis dadah termasuk dalang yang menjadi ketua mereka sepanjang masa. 

Kejayaan polis menumpaskan kumpulan pengedaran terbesar Sabah yang melibatkan seorang bergelar DATUK mendapat pujian orang asal Sabah khususnya gerakan Bukit Aman,  langkah perlu diteruskan dengan risikan disegenap penjuru dalam Sabah sepanjang  masa agar tidak ada peluang  golongan tertentu  menjadi dalang pengedaran dadah terbesar dengan pelbagai helah.

Kejayaan Bukit Aman dalam pembanterasan tokan  tokan dadah sehingga melibatkan orang bergelar DATUK  merupakan harapan dan pujian tinggi dari warga Sabah,  malah mereka (penduduk Sabah) memohon supaya pasukan Bukit Aman lebih kerap melakukan penyamaran bagi menyiasat terperinci dalang pengedaran yang terbesar jelasnya.

Apapun isu najis dadah di negeri Sabah perlu pemantauan sentiasa tanpa henti  bagi menjaga generasi muda mudi yang muda dipengaruhi najis tersebut. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan