Sabtu, 16 Disember 2023

APA JADI WARGA YANG KURANG BERADAB?

(Ayoh renungi perundangan dan peradaban Sabah dan Malaysia amnya selagi sedang tinggal dinegara ini untuk cari makan setiap hari) 

Oleh. Basron Kirwan  

Sabah. Warga bumiputera asli dalam negeri mereka (Sabah) sudah bosan dan muak perilaku sebilangan pemandu bus mini  yang diragui keabsahan mereka sebagai pemandu bus 

pengangkutan awam berikut

an langsung tidak tahu undang undang setiap berada dibus stop menunggu bagai TERMINAL MEREKA SENDIRI,  anehnya semua pemandu terlibat akan hilang setiap kali OPERASI BERSEPADU JPJ, POLIS, JPN, IMEGERESEN SERTA BEBERAPA JABATAN BERKAITAN entah apa yang mereka takuti tegas etnik bumiputera asli Sabah. 

Selain dari pemandu bus mini tidak beradab kepada etnik bumiputera asli Sabah setiap kali berada di Bus Stop, mereka juga duduk berkumpul merokok dikawasan tersebut sehingga orang ramai berdiri jauh  dari mereka bagi mengelak terhidu asap rokok pemandu Bus Mini berkenaan. 

Ada juga golongan yang sanggup membuka baju di Bus Stop sebagai tontonan orang awam tidak kira lelaki mahupun perempuan yang menggunakan Bus Stop  setiap hari, ini lah keluhan etnik bumiputera Sabah yang tidak berpenghujung malah disokong segelintir muda mudi yang bersekongkol dengan meteka akibat tambang percuma.

Menurut etnik bumiputera Sabah, kes tersebut berlaku sejak beberapa tahun lalu dengan teknoligi mereka masa kini bersuara dalam telipon masing masing minta maklumat dimana ada operasi bersepadu  dilakukan, jika ada operasi bersepadu mereka dengar dari rakan rakan yang membawa bus mini lain terus masing masing memecut laju menghilangkan bus masing masing tanpa dapat dikesan kemana halatuju mereka lapir etnik tersebut.

Sehubungan dengan pendedahan ini Operasi Bersepadu Perlu Menggunakan Teknik Penyamaran  Terlebih Dahulu Sehingga Mereka (Pemandu Bus Mini Tidak Lengkap Dokumen) masuk perangkap baru pasukan beruniform melakukan imbus lengkap bagi membenteras mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan